Ƨωɛɛт Ƨσʋя

posted on Saturday, April 9, 2016 | 0 comments

Assalamualaikum 

As semua orang tahu, hidup zaman sekarang nie memang duit akan jadi benda ketiga keempat paling utama dalam kehidupan. Bukan nak cakap penting gila, cuma tanpa duit, apa-apa plan tak akan jalan. Contoh? Contoh korang nak beli makanan sedap sebab korang nie food lover, so nak beli makanan tu kena ada duit. Nak buat sendiri pun bahan kena beli guna duit. Banyak dah sekarang kerja online kan, contoh macam JDR. Masa first erin plan nak buat JDR, cuma fikir-fikir balik erin nak cari pengalaman bekerja sebenarnya. So erin search kerja kat luar. Alhamdulillah dapat kerja yang erin mintak. Ramai yang kata kerja erin nie senang sangat, duduk kedai je. Noo! Tak ada kerja yang senang. Nak duit kena effort lebih sikit.

Oh ya. Erin kerja kat kedai butik pengantin. Jadi pengalaman kerja kat sana sangat seronok. Serius tak tipu. Lagipun memang erin nak cari pengalaman kerja kat kedai butik sebab erin ada cita-cita nak bukak butik nanti, insyaAllah. Kerja nie tak senang. tak susah. Yang senang erin just duduk kedai, lipat kain, gubah bunga and paling best jahit manik kat baju. Benda tu paling erin suka even erin tak suka jahit baju tapi jahit manik sangat best. Hahaha. Yang tak senangnya bila hujung minggu kena ikut pasang pelamin. Biasa lah kerja luar lagi penat daripada kerja dalam. Tapi benda tu penting, tak cuba tak dapat pengalaman baru. Biasa lah customer yang cerewet sana sini. Lumrah kan, semua orang ada pendapat masing-masing.

Sampai sini sahaja coretan dari erin. Eh? Macam fomal sangat je. Hihi. Niat bukan nak menunjuk, cuma nak share pengalaman. No benci-benci okay. Byee :)
Written by Erin Kahar at 4:10 PM







Introduce
short profile

Dashboard / +Follow

Hye. I'm Erin, owner for this blog. 19. To me, strength is nothing more than how well we hide the pain. So, if it's bad, it's an experience. Ask me.

Tagboard
talk to me



RULES

Harsh word not allowed!
Kick out devil anon.
No Advertisement .

Social
do follow me

Follow @erinkahar

Berita Harian
januari 2015




Sponsors
major sponsors