Ƨωɛɛт Ƨσʋя

posted on Tuesday, December 29, 2015 | 0 comments



Assalamualaikum

Yeay at last dapat updated my blog. Sedih jugak dah habis exam pun xda masa nak updated entry sebab erin busy dengan family belah ayah. Siapa tak seronok kan dapat jumpa sepupu sepapat yang dah berbulan xjumpa, sekali jumpa panggggg xingat dunia kau berselfie kengkonon nak buat kenangan. Huhu

Setelah berbulan-bulan pakcik makcik berbincang, akhirnya family day tahun nie diadakan di Pengkalan Balak, Melaka. Yeaay hii orang Melaka! So tempat kitorang bermalam di Kemunting Beach Resort (KBR). So far xde masalah, service pun best, ada kolam. Murah pun murah. Lagipun kat sana memang banyak resort, chalet, homestay sebab tempat pelancongan kan. Rasanya kalau yang tak decide nak tidur sana lepastu nak cari tempat bermalam memang senang sangat. 

Tempat kami semua bermalam

Family day kami pada hari Khamis, 24/12/2015 sampai hari Sabtu 26/12/2015. So first day lepas kumpul-kumpul check-in bilik. Aku apa lagi, masuk bilik tukar baju terus pergi kolam. Hihi seronok kadang-kadang jadi budak-budak nie. Petang dalam pukul 6.00 petang ada tahlil sikit untuk kedua-dua arwah atuk dan nenek dan juga sedara mara yang telah meninggal dunia.

 

Malamnya  ada buat bbq sikit. Maaflah gambar makanan tak ada sebab dapat je terus makan. Tak fikir pasal gambar. Nampak sangat dia punya lapar kan. Hihi. Sambil-sambil ada pertandingan karaoke. Malangnya erin nie pemalu, nak suruh menyanyi? No way la haha. Bukan tak sporting, cuma tak yakin suara nie sedap ke tidak. Tapi insyaAllah tahun depan nak cuba pulak. Kihkih seronok tengok diorang menyanyi, teringin la jugak kan.

Hari kedua, barulah best. Macam biasa ada aktiviti sukaneka. Game yang erin kena makan epal paling laju. Bayangkan participant untuk game nie ada lebih kurang 10 orang ( kategori menengah dan IPT ). Memang lelaki la kan yang menang sebab diorang memang bab makan pelahap sikit. Tapi kan, sebenarnya seumur hidup tak pernah pun makan epal sebijik gitu. Tapi apakan daya, demi family, erin buat. Gambar bawah nie mangsa tepung, biasalah budak-budak yang jadi mangsanya. Hihi *thumbs up*

 

Habis semua game dengan penyampaian hadiah, apa lagi, banana boat, here we came!! Seronok semua sepakat sepupu-sepupu nak kena campak. Boleh pulak orang tu plan nak campak kitorang kat tengah-tengah laut, amboi kau kemain lagi eh dengan anak dara. Kahkah. Time kat tengah-tengah laut tu la diorang ajak enjut-enjut konon mencabar sikit. Sekali kena campak kat tepi pantai, amik kau. Nasiblah erin duduk kedua dari belakang sebab tau siapa duduk depan memang kena pijak. Hahaha tapi kitorang xda gambar naik banana boat tu, tak sabar sangat nak naik sebenarnya. Okay malam tu macam biasalah bbq lagi.

Esoknya xda aktiviti dah. Tangkap-tangkap gambar jaa. Okay, gambar first tu kami yang lahir pada tahun 1998. Belah ayah ada 6 orang termasuk erin. Belah mama belum kira lagi. Tapi kan yang tak puas hatinya erin paling pendek kot dalam gambar tu. How come eh jadi macam tu padahal dalam kalangan sepupu yang sebaya nie, erin yang paling tua sebab lahir bulan Januari. Sedih sedih. Tak apalah janji dapat gather macam nie pun seronok.



Hari last tu jugaklah berat hati sikit nak tinggalkan Melaka. Sebab tak sempat nak naik Menara Taming Sari. Tau tau dia punya jammed sampai Kak Mira yang bawak kereta boleh tidur. Memang tak gerak nak masuk situ. Jadi ayah plan balik je terus, lain kali insyaAllah boleh perg lagi. Yang sempat singgah Pantai Klebang dengan Kapal Selam je. Tapi serius kat Klebang dia punya Coconut Shake dia ummphh sedap gila. Jap eh erin tunjuk gambar.

ber-background-kan Pantai Klebang



Lastly bagi la satu gambar selfie kami. Satu je, yang lain nak simpan elok-elok dalam handphone. Kang buh kat sini semua muntah kang. InsyaAllah kalau panjang umur dapatlah kumpul macam nie lagi tahun depan.





Written by Erin Kahar at 9:43 PM







Introduce
short profile

Dashboard / +Follow

Hye. I'm Erin, owner for this blog. 19. To me, strength is nothing more than how well we hide the pain. So, if it's bad, it's an experience. Ask me.

Tagboard
talk to me



RULES

Harsh word not allowed!
Kick out devil anon.
No Advertisement .

Social
do follow me

Follow @erinkahar

Berita Harian
januari 2015




Sponsors
major sponsors