Ƨωɛɛт Ƨσʋя

posted on Saturday, May 9, 2015 | 0 comments





Assalamualaikum  

Alright hari ini aku nak share sedikit pengalaman aku. Hari Khamis lepas, 7hb Mei 2015 kitorang dapat pergi joined satu program yang dianjurkan oleh pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), tak silap aku pelajar yang ambil course aeronautics. Banyak aku belajar benda baru, pengalaman baru bukan senang nak dapat. Since aku pelajar tahun last so aku grab peluang nie, join program yang dianjurkan oleh students UTHM. Perjalanan tu just ambil 1 1/2 jam je, tak lama sangat plus best la join program-program macam nie. 

Sampai je kami disambut oleh student aero. Pakaian diorang memang smart, ada gaya pilot so memang smart la. Since aku memang ada minat bab engineering nie memang semangat tu ada, cuma aku kurang yakin aku boleh bawak atau tidak. Kitorang diberi penerangan tentang course nie, memang seronoknya kalau suatu hari nanti aku boleh jadi macam diorang. Lepas habis penerangan kitorang dibawa ke bengkel. Kat situlah aku belajar banyak ilmu pasal penerbangan. Semua enjin yang ada dalam kapal terbang, semua aku belajar. 



Yang ini lagi best. Semua pelajar boleh cuba bawak kapal terbang, ehem ehem simulator je beb. So atleast aku tahu serba sedikit macam mana nak handle kapal terbang even aku bawak first2 terhempas. Biasalah, first time memang macam tu. Oh lupa, aku dalam kumpulan A so leader nya abang Fahmee. So far dialah tempat kitorang tanya macam-macam soalan. Best sebab dia suka share pengalaman dia kat kitorang sampai nak balik pun dia still ambil berat pasal kitorang, tanya itu ini kalau kot-kot ada yang tak faham sampai tak perasan pintu gate dah tutup kitorang je yang tinggal yang lain dah naik bas. Hahaha sebelum kitorang balik, abang Nas a.k.a Black ( senior lama kitorang ) ada share sikit pengalaman dia, deep memang deep la sebab since dia senior kitorang, masa tu dia form 5, aku form 1 haa nampak gap dia kat situ. Memang banyaklah pengalaman baru aku kat sini. Bertambahlah jugak semangat nak belajar tu kan, hihi thank you for having us :) okay bye.








Written by Erin Kahar at 12:54 PM







Introduce
short profile

Dashboard / +Follow

Hye. I'm Erin, owner for this blog. 19. To me, strength is nothing more than how well we hide the pain. So, if it's bad, it's an experience. Ask me.

Tagboard
talk to me



RULES

Harsh word not allowed!
Kick out devil anon.
No Advertisement .

Social
do follow me

Follow @erinkahar

Berita Harian
januari 2015




Sponsors
major sponsors