Ƨωɛɛт Ƨσʋя

posted on Saturday, December 27, 2014 | 0 comments

Assalamualaikum ♥ 

Ya Allah lama sungguh tak updated entry. Last2 minit lah kitorang satu keluarga besar dapat berkumpul. Alhamdulillah dapat berkumpul sekejap pun tak apa, dapat lepaskan rindu. Tapi malangnya tak semua dapat turun, sebab dah hujung2 nie kan. Lagipun kita dapat tempah satu chalet je. Bayangkan ada 5 keluarga sumbat satu chalet? Well yang mak-mak ada anak kecil tidur kat chalet. Yang besar-besar nie tidurlah kat khemah, dengan musim hujan.

Keluarga besar kami

Kitorang buat family day nie kat Tunjuk Laut Beach Resort. Alhamdulillah tak ada apa-apa masalah, hujan pun time malam memang tidur kat khemah takut sikit. Tambah-tambah lagi malam-malam air pasang penuh so ada kemungkinan air laut boleh sampai ke kawasan khemah. Angkat la khemah masing-masing parking depan chalet.

Hari pertama check in pukul 2, memang datang-datang terus prepare untuk makan-makan. Malam pulak yang lelaki pergi memancing. Perempuan duduk tepi laut tengok air pasang sampai mana. Memang malam ombak besar. Jarak ombak dengan khemah tak jauh pun, itu yang pindah khemah depan chalet. Haha sedih kan kami. Hari kedua nie yang best. Acara sukaneka memang wajib buat. Acara yang biasa buat adalah acara bawa bola pingpong dalam sudu menggunakan mulut. Haha yang nie aku champion. Lagi acara cari gula-gula dalam tepung, isi air dalam botol guna sudu, hmm banyak lagi acara yang kitorang buat. 

Aku yang kat tengah2 tu. 

Acara bawa bola pingpong guna pinggan.
Nie acara untuk kanak-kanak



Petang tu kitorang gerak Tenggaroh, ada kenduri arwah sepupu aku yang meninggal kemalangan. Esoknya aktivi dah habis, check out dan masing-masing balik. InsyaAllah tahun depan buat lagi. Dapatlah merapatkan hubungan sedara mara yang jauh, lepaskan rindu asing-masing.Aku bersyukur dapat ahli keluarga yang baik-baik. InsyaAllah kalau free aku update entry baru. Lagipun tahun depan aku kena struggle untuk SPM. Hee. Sekian, terima kasih.

Hari last tinggal tiga keluarga :)


Written by Erin Kahar at 11:52 PM







Introduce
short profile

Dashboard / +Follow

Hye. I'm Erin, owner for this blog. 19. To me, strength is nothing more than how well we hide the pain. So, if it's bad, it's an experience. Ask me.

Tagboard
talk to me



RULES

Harsh word not allowed!
Kick out devil anon.
No Advertisement .

Social
do follow me

Follow @erinkahar

Berita Harian
januari 2015




Sponsors
major sponsors