Ƨωɛɛт Ƨσʋя

posted on Monday, November 18, 2013 | 0 comments

Assalamualaikum

Now masa untuk cerita segala cerita kat sini. Yeay! Aku updated nie pun sebab Anis nak tau pengalaman aku kat sana. Oke aku pendekkan cerita dan banyak cerita aku potong, so jadi compact kat sini. Aku sendiri baca pun pening. Ada lagi tempat yang aku tak cerita dalam nie, jangan marah ye. Ape2 hal nak tanya boleh je IM aku kat Facebook.

Day 1 : Jumaat 8/11/13
Kami bertolak dalam pukul 9.00 malam. Cadangnya nak singgah iCity dulu, tapi disebabkan sampai Kuala Lumpur pun dah pukul 3, memang tepat2 waktu iCity tutup. So kami teruskan perjalanan.

Day 2 : Sabtu 9/11/13
Aku rase aku tido dalam bas tu pun pejam celik je. Sakit pinggang tau duduk dalam bas. Pagi tu kitorang singgah Perhentian Sungai Perak untuk sembahyang Subuh dengan breakfast sekali plus mandi kat situ. Nak malu ape? Ramai kot yang mandi situ. Lepastu teruskan perjalan pi Pulau Pinang. Saja nak habiskan masa kat situ. Pegi naik jambatan Pulau Pinang, balik naik feri. Masa kat Pulau Pinang tu, kitorang singgah kedai jeruk dengan Bukit Bendera. Lepastu terus straight pergi Perlis. Sampai sana dlam pukul 5 tapi feri amik pukul 6.30. Apalagi pergi keliling cari suis kosong, kita charges phone! Haha. Untung ada orang Perlis buat family day, so kitorang dijemput join. Sebab kami nie satu-satunya orang selatan katanya. Hee. Feri sampai, memang macam sardin. Dengan beg nak lari rumah lagi, tersangatlah penuh. Naik feri mengambil masa 45 minit hingga 1 jam aku pun tak sure sebab aku tidur. Haha. Sampai Langkawi time Maghrib, check in homestay dan malam tu kita pergi Dataran Helang. Sebelah homestay je kot, ape susah :)





Day 3 : Ahad 10/11/13
Inilah hari yang paling penat aku rasa. Sebab satu hari berjalan pusing Langkawi. Macam biasa kitorang pergi Makam Mahsuri., kedai Gamat, Gua Kelam, naik bot tengok helang makan and tempat untuk shopping baju adalah di Beras Terbakar. Nasib aku pandai tawar menawar, dari harga RM19.90 dapat RM10.00 disebabkan aku beli banyak kat situ. Juling mata kat situ nak pilih, hati-hati sebab duit keluar macam air sama macam keadaan aku dekat HiG. Kalau dekat Idaman Suri, aku hanya tengok orang shopping. Nasib baik ada ade buat survey harga, katanya di HiG lebih murah dan keptusan aku tepat. Tapi aku dapat tahan nafsu aku nak beli coklat banyak2 dekat HiG tu. Eh? Cable Car destinasi wajib bile pergi Langkawi nie. Aku first time naik memang cuak habis. Nyesal dah tak nak naik cable car lagi! Haha






Day 4 : 11/11/13
Pagi tu terus pegi jeti sebab ferry dah tak nak tunggu kitorang lagi. Ferry sampai pukul 7.30 pagi untuk balik ke Perlis. Gerak dari Perlis dalam pukul 10 pagi. Time balik dah tak jalan mana lagi dah. Tapi iCity tetap pergi disebabkan masa pergi takdapat pegi kan, kira balas dendam la ni. Haha. Sampai iCity pukul 6.30 petang. Aku ape lagi? Berjimba dengan kawan la. Bayangkan aku dah masuk Cinema 5D, lepastu pi lagi masuk Cinema 6D pulak. Tak puas punya pasal, sakit tekak aku jerit2 dalam tu. Pirates Ship semua tu aku tak naik sebab jemu dah. Lasty kena membebel dengan cikgu sebab balik bas lambat. Haha. Then terus balik sampai Johor dalam pukul 2 pagi. 

Bayangkan ea? Total time pergi balik adalah 17 jam. Montot pinggang aku ni dok merengek kesakitan tau. Tidur dalam bas pun sakit tengkuk ni ha. Tapi apepun, aku happy time tu dapat lepak dengan kawan-kawan :) Aku rase kalau dengan family lagi duit keluar macam air terjun. Sorry pasal gamba kat sini tak banyak, aku nie jenis orang malas nak upload gamba. Korang gi usha Insta aku, banyak la tu gamba. Thanks sudi baca  :)



Written by Erin Kahar at 3:05 PM







Introduce
short profile

Dashboard / +Follow

Hye. I'm Erin, owner for this blog. 19. To me, strength is nothing more than how well we hide the pain. So, if it's bad, it's an experience. Ask me.

Tagboard
talk to me



RULES

Harsh word not allowed!
Kick out devil anon.
No Advertisement .

Social
do follow me

Follow @erinkahar

Berita Harian
januari 2015




Sponsors
major sponsors