Ƨωɛɛт Ƨσʋя

posted on Tuesday, October 8, 2013 | 3 comments


 WeChat ID : erinkahar98


Assalamualaikum

Setelah sekian lama aku menelaah buku dan segala ilmu yang dicurahkan telah aku gunakan sebaik mungkin. Alhamdulillah semua jawapan yang aku bagi masih boleh diterima akal fikiran. Selesai sudah tanggungjawab aku sebagai pelajar PMR bagi tahun 2013, hanya mampu berdoa dan tawakal sebelum result keluar. Sesi permohonan asrama penuh sedang bergiat aktif sekarang, tapi sebolehnya aku nak stay sekolah lama. Tak mampu nak bayangkan hidup aku di asrama nanti. Mungkin aku terlalu manja dengan family aku menyebabkan aku tak mampu belajar hidup berdikari. InsyaAllah kalau ada rezeki masuk asrama, aku akan belajar jadi independent. 

As you all know, hari ini hari last day PMR bagi pelajar yang mengambil kelas Rancangan Khas, termasuklah aku. Budak sekolah aku semua happy go lucky bila keluar dewan periksa. Aku? Tak se-happy diorang. Bukan sebab aku tak gembira habis exam, aku cuma risau result aku nanti. Dapat ke aku tunaikan harapan family aku? InsyaAllah berkat doa, sekurang-kurangnya dapat 6A pun dah cukup bagi aku. Ada yang baling tepung, baling telur. Aku? Kalau boleh nak baling kasut aku kat diorang. Mana taknya, habis semua harta benda yang ada dekat dewan terbuka tu, beg aku dan budak perempuan yang lain kena tempias tepung. Amboi, nasib baik tepung, kalau telur? Serupa budak habis UPSR kan kitorang? Haha

And yang bestnya, tak perlu lagi dah nak baca buku pepagi buta. Dulu aku time exam ja, tidur awal dalam pukul 10.30, pagi bangun pukul 2.30. Sembahyang hajat dengan taubat termasuk sembahyang tahajjud, baru sambung menelaah buku. Syok kan? Tapi tak apa, bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Setiap hari, sebelum aku keluar kereta nak masuk pagar sekolah, selalu ayah aku pesan buat biar betul-betul, selawat banyak-banyak, masuk dewan kaki kanan dulu. Balik sekolah masuk kereta soalan pertama yang ditujukan kepada aku, hari first, dah boleh dapat 2A?, hari kedua, dah boleh dapat 4A? dan seterusnya. Aku dapat senyum ja, tak tejawab dah soalan tu. 

Lepas nie boleh dah main Sims3, tengok full episode Twilight, lepak dekat CS dengan geng, buat pavlova dengan tiramisu, and belajar masak. Yeay! Ini baru aktiviti dekat rumah, dekat sekolah? Nak buat list kat sini pun dah tak muat. Okay, macam yang aku bagitau, tempahan doodle akan dibuka semula selepas Hari Raya Haji nanti. Sebab aku nak settlekan kerja kawin sepupu aku dulu. Giveaway? Mesti aku buat tapi tarikh dan hari belum dicadang lagi. Kalau nak sponsor item, bagi detail di facebook / WeChat aku tau. Tapi sebaik-baiknya Wechat sebab aku pegguna tegar WeChat. Haha. Harap dapat sambutan macam yang lepas. Oke, aku nak stop sebab aku rase macam dah buat karangan bahasa Melayu pulak dah. See you soon, miss you guys :)





Written by Erin Kahar at 5:41 PM
Blogger asnawi hassim said...

Yeyy :DD

 
Blogger Ed. said...

untung le . haha xD eksaited tunggu result lettu .

 
Blogger Erin Kahar said...

asnawi hassim : yeay! haha

ed : takde la dik. kalau boleh tak tau pun result dapat berapa. hee

 

Post a Comment








Introduce
short profile

Dashboard / +Follow

Hye. I'm Erin, owner for this blog. 19. To me, strength is nothing more than how well we hide the pain. So, if it's bad, it's an experience. Ask me.

Tagboard
talk to me



RULES

Harsh word not allowed!
Kick out devil anon.
No Advertisement .

Social
do follow me

Follow @erinkahar

Berita Harian
januari 2015




Sponsors
major sponsors