Ƨωɛɛт Ƨσʋя

posted on Saturday, October 19, 2013 | 1 comments


Assalamualaikum  

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas dibumi Allah. Entah macam mana hati aku terdetik nak updated entry mengenai tajuk nie. In fact aku tak ada idea langsung apa yang nak dikarang. Still aku ingat lagi kata-kata last arwah nenek aku sebelum dia pergi, solat jangan sesekali pernah tinggal walau apa pun yang terjadi. Ya, aku tahu manusia sentiasa lalai dengan duniawi. Semua pernah melakukan kesilapan. Tidak ada yang sempurna melainkan Allah. 

Dan aku bersyukur diberikan kehidupan yang sederhana. Aku mencuba untuk mengehadkan pergaulan aku dengan lelaki. Dan mungkin area rumah aku ramai yang terlalu bersosial menyebabkan aku sedar perempuan perlu menjaga batas pergaulan dengan lelaki. Aku tak nafikan jiran aku yang sebaya dengan aku memang terlalu sosial sampai mendatangkan effect kepada keluarga. Mama aku selalu cakap, jangan jadi macam jiran nanti hidup susah. Bukan apa, pernah sekali aku nak tegur. Tapi sebab aku sorang dan jiran aku tu bukannya sorang macam aku, ramai. Dan aku juga tak nafikan aku jarang bergaul dengan mereka. Bukan aku tunjuk sombong, aku just nak jauh daripada masalah mereka. Aku nak jauh daripada pergaulan yang tak terbatas.

Zaman sekarang, semua benda boleh jadi. Kadang-kadang benda yang tak dijangka pun boleh jadi. Zina sana sini, macam dunia ni mereka yang punya. Aku tak mampu nak buat apa-apa, yang aku mampu hanya mencegah dengan hati. Macam aku dengan kawan-kawan lelaki, aku jarang nak bertepuk tampar. Aku tak cakap yang aku ni manusia terbaik. Kadang-kadang aku yang takut tengok zaman sekarang, zaman moden. Banyak pengaruh, cabaran yang baru. Aku teringin nak hidup macam zaman atuk nenek aku, tak ada masalah macam sekarang kecuali berperang dengan komunis. 

Yang penting, aku sentisa berdoa agar aku dan keluarga dijauhkan daripada masalah yang mendatang. Memang manusia tidak boleh lari dengan masalah, tapi sekurang-kurangnya kita mencuba menjauhkan diri kita daripada masalah, Ye dak? Memang ujian daripada Allah tak putus-putus. Dah kata pun ujian, Allah nak uji sekuat mana iman kita. So entry nie sebenarnya aku karang straight dari hati. InsyaAllah aku akan menjadi anak yang terbaik buat mama ayah aku. Panjang ke entry aku? Sorry la eh? Aku memang kalau nak mengarang entry macam dah setahun tak post :) Lastly, All I Need is Allah . Anda renung-renungkan, dan selamat malam.

# Nak order doodle atau design kad jemputan? Click untuk maklumat lanjut . 


Written by Erin Kahar at 9:58 PM
Blogger Ed. said...

kalau kita tak bergaul diorang kata sombong kan ? people nowadays ...

# sedang mencari sponsor . sudi sponsor tak dear ?

http://edorishe.blogspot.com/2013/10/pencarian-sponsor-by-ed-and-han.html

 

Post a Comment








Introduce
short profile

Dashboard / +Follow

Hye. I'm Erin, owner for this blog. 19. To me, strength is nothing more than how well we hide the pain. So, if it's bad, it's an experience. Ask me.

Tagboard
talk to me



RULES

Harsh word not allowed!
Kick out devil anon.
No Advertisement .

Social
do follow me

Follow @erinkahar

Berita Harian
januari 2015




Sponsors
major sponsors