Ƨωɛɛт Ƨσʋя

posted on Monday, August 19, 2013 | 0 comments



Assalamualaikum

Semakin hari tak updated blog, semakin aku rase jauh dengan dunia blog. Dan aku rasa tangan nie hampir kekok nak tekan button huruf nie dan idea nak menulis semakin lama semakin lenyap. Apakah? Oh tidak! Habis jatuh populariti aku. Popular kah aku? Harapan yang tidak akan pernah jadi kenyataan tu jugak la yang aku nak disebut. Nak ke aku jadi popular? Sebenarnya sedikit pun niat dalam hati tak nak popular pun. Best ke jadi popular? Best ke jadi tumpuan orang ramai? Best ke? Best ke? Err -..- Kenapa dengan aku? Bukan nak marah, hanya nak lepaskan rindu yang semakin membuak-buak yang boleh menyebabkan aku rasa nak muntah setiap hari. Jangan nak cakap pasal tempahan yang dah pun sah aku tutup buat sementara waktu dan menyebabkan pendapatan sampingan aku terbantut malah follower aku juga lari lintang-pukang dari blog aku. Sayu bila lihat blog aku semakin terabai dan kurang dikunjungi oleh blogger lain. Hanya segelintir 'fans' aku yang sentiasa menyokong aku dari setiap sudut :) Fans? Aku ada fans? Betul la kan aku tipu yang aku ada fans. 

Bukan tujuan utama aku tulis entry hari ni nak cerita pasal populariti bagai. Hanya nak memaklumkan bahawa blog aku akan ditutup? OMG? Serious aku tipu lagi :) Boleh jadi gila kalau blog yang aku anggap separuh dari nyawa aku akan didelete. Tak mungkin. Kenapa aku tak update? La tak tahu ke aku masih lagi budak hingusan Cikgu Yazid yang tegar. Ye itulah aku. So aku nak on blog aku kepada HIATUS. Tapi tak lama pun, lagi sebulan lebih aku akan jadi blogger tegar semula. Dan masetu semua giveaway, contest dan yang sewaktu dengannya aku akan turut serta sampai tangan aku nie lebam-lebam. Oke, tolong la, aku nak berhenti menulis sekarang sebelum ayat-ayat pelik akan keluar. 

Sebelum aku terlupa, kepada budak yang sama macam aku, mangsa PMR 2013, Adib Veron. Aku minta maaf tak sempat nak membalas doodle tu. InsyaAllah habis PMR nanti, aku akan dapat tablet baru, so aku bagi Adib dulu oke. Dan terima kasih kepada someone yang sudi hiburkan hati aku yang penuh dengan rasa bosan yang melampau. Guess who? Kau, kau, kau tak perlu tahu. Itu rahsia aku seorang :) Lastly, tolong doakan kejayaan aku, Farransha Nurfatin Kahar lulus 8A PMR 2013. Nama aku tu tau, bukan klon aku. Thanks luangkan masa baca entry aku kali nie. Aku minta maaf kalau panggilan 'aku' dianggap kasar pada yang lebih berumur dari aku yang muda lagi. Kat mane nak cari aku? Aku selalu guna WeChat. Agak-agak ade yang nak 'borak' dengan aku, add aku kat WeChat je. Gerenti aku layan. WeChat id : erinkahar98. Bye ^-^





Written by Erin Kahar at 9:52 PM







Introduce
short profile

Dashboard / +Follow

Hye. I'm Erin, owner for this blog. 19. To me, strength is nothing more than how well we hide the pain. So, if it's bad, it's an experience. Ask me.

Tagboard
talk to me



RULES

Harsh word not allowed!
Kick out devil anon.
No Advertisement .

Social
do follow me

Follow @erinkahar

Berita Harian
januari 2015




Sponsors
major sponsors