Ƨωɛɛт Ƨσʋя

posted on Sunday, January 22, 2012 | 6 comments




Assalamualaikum
Post kali nie agak lain sikit sebab kita move kepada tutorial. Tutorial kali nie sebenarnya complicated sikit sebab nak buat doodle nie bukannya senang, tapi insyaAllah korang boleh follow step by step. Aku nak tegaskan kat sini, aku tak ambil mana-mana course yang melibatkan seni kat sekolah. Even kat sekolah menengah aku ambil ICT bukan seni. Mana aku belajar buat doodle? Jawapan aku, learn by yourself. Semua nie aku buat sendiri. Asalnya saja-saja guna SAI nie, tapi dah orang kata minat kita teruskan je lah kan. Hihi

Okay benda penting korang kena ada Paint Tool Sai ( boleh search sendiri kat Google untuk download ). Ada sesetengah doodler diorang guna Adobe Photoshop. Tapi pada step last sekali, Adobe Photoshop akan digunakan juga. Adobe Photoshop nie bagi aku la, untuk hilangkan background putih kat belakang biar jadi transparent. Tapi bagi beginner tak ada Adobe Photoshop pun tak pe, asalkan ada Paint Tool Sai pun dah cukup untuk belajar.

First korang buka Paint Tool Sai tu, tekan FILE > NEW. Nanti dia keluar Create a New Canvas. Tak perlu tukar apa-apa kecuali Width tukar 1800 dengan Height tukar 2400. Itu size yang biasa aku buat untuk customer. Tapi ikut suka hati korang la nak adjust berapa. Lepastu tekan OK.


 

Bila dah keluar blank layout, nak buat linework, korang add New Linework Layer yang ada kat kotak kiri ( gambar kertas dengan pen ). Biasa dia akan auto jadi Curve, so korang boleh terus draw. Draw dia pula, korang kena buat one by one sampai siap, maksudnya lukis dari titik ke titik macam gif atas tu.


Tips aku nak share dengan korang, lepas draw tu mana-mana last part ( cth bulu mata ), senang kata korang nak bagi linework yang hujung tu sharp, guna Pressure yang ada kat bawa Eraser tu. Cara dia ada tulis kat bawah kotak tu ( Adjust CP’s Pressure ). Makesure jadi sampai 000%/000%.





Okay sekarang turn colour. Nak colour paling senang. Pergi balik kat Layer1 bawah Linework1 yang korang lukis linework tadi,nak senang buat je New Layer banyak-banyak sebab bila time colour, nak selamat, setiap Layer colour lain-lain. Contoh kat situ korang add sampai Layer13, kat Layer13 buat colour Pink, kat Layer12 pulak buat colour Biru and so on. Faham kan? Nak colour just guna Bucket ( gambar jug ) yang ada kat bawah Marker. Mana yang tak kena tu guna Marker je senang sikit. Tips nak color pula makesure Layer yang korang guna untuk colour tu ada kat bawah Linework yang korang lukis tadi okay :)




Part shadow nie aku pun still tak pro lagi, aku pun just guna Curve lepastu Opacity tu buatlah agak-agak dalam 10% - 20% . Mostly shadow aku guna colour hitam je sebab nnti nak opacity kan, so senang nak match. Yang nie aku add New Linework Layer kat atas Linework1 ( yang korang lukis tadi ). Guna colour hitam, adjust opacity sampai 25% , lepastu draw kat mana-mana yang korang rasa sesuai buat shadow.

Dah siap, pergi FILE > EXPORT AS > .png . Bagi yang mana nak buat background transparent, sama juga, pergi FILE > EXPORT AS > .psd . Lepastu buka Photoshop, buka je file macam biasa lepastu simpan dalam format .png .


Nota : Maaflah agak serabut sikit tutorial nie. Nak buat video, aku nie bukannya budak Youtube so tak tau nak terangkan lagi macam mana. Hihi by the way, goodluck :)

Written by Erin Kahar at 4:58 PM
Blogger Prineeszin Oxyiess said...

mcm mne nak exract file?

 
Blogger Erin Kahar said...

@ Prineeszin Oxyiess : right click and then extract file . :) nie guna software WinRAR . .

 
Blogger Lieyna Rosli said...

thanks for sharing :)

 
Blogger aidaziq said...

say dh downlod , tp knpe bhdian 6be satu x ly gune ?

 
Blogger yana othman said...

lpas siap mcm mne nak copy gmbr tu.hehe

 
Blogger tiqa tia said...

link dah tak bole donlod :(

 

Post a Comment








Introduce
short profile

Dashboard / +Follow

Hye. I'm Erin, owner for this blog. 19. To me, strength is nothing more than how well we hide the pain. So, if it's bad, it's an experience. Ask me.

Tagboard
talk to me



RULES

Harsh word not allowed!
Kick out devil anon.
No Advertisement .

Social
do follow me

Follow @erinkahar

Berita Harian
januari 2015




Sponsors
major sponsors